Posts Tagged ‘gosip hangat’

Dato Siti Dah Cipta Rekod Dunia?

Hah, mungkin ada yang terkejut melihat tajuk berita yang  tulis ni. Kenapa? Tak Percaya?

Siti dah cipta rekod dunia? Rekod apa tu?

Sebenarnya ia adalah rekod Siti menenangi kategori Penyanyi Wanita Popular sebanyak 12 KALI BERTURUT-TURUT dalam sebuah anugerah berprestij pilihan peminat! Gelaran itu pastinya menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang sudah 22 kali dianjurkan.

Pada kajian saya, mana ada award dalam dunia ini yang menyaksikan seseorang artis itu menang 12 kali atau 12 tahun berturut-turut gelaran yang sama pilihan peminat. Rasanya, Whitney Houston, Mariah Carey, Shah Rukh Khan atau Michael Jackson pun tak pernah kot?

Tapi saya perlukan bantuan semua peminat untuk tolong semak kenyataan saya ini. Mana tahu kalau-kalau ada artis yang tidak pernah kita tahu di Russia ke, Alaska ke atau mana-mana ceruk negara di dunia ini mencipta kejayaan sebagaimana Dato Siti. Saya sangat-sangat menghargai bantuan korang tu dan sedia membetulkan fakta ini demi kebaikan bersama.

Mendengar kata-kata gosip itu, editor  pun terus menghubungi Pengerusi ABPBH iaitu Kak Cham.

“Terima kasihlah kepada saya kerana mengutarakan perkara ini. Kita akan semak fakta itu dulu. Kita sedar di peringkat Malaysia dan negara serantau, Siti sudah mencipta rekod baru. Cuma sekarang kita akan mengusulkan perkara ini kepada pihak Malaysia Book of Records dan seterusnya Guiness Book of World Records tentang kejayaan Dato’ Siti dalam ABPBH.

“Selama ini memang Siti terus mendapat sokongan peminat dan inilah satu-satunya anugerah yang memberikan seratus peratus kebebasan kepada peminat untuk mengundi kejayaan artis pujaan mereka.

“Kalau benarlah Siti telah mencipta rekod dunia, ia satu kejayaan yang manis buat Malaysia,” kata Kak Cham dengan teruja.  Haa, tapi ingat, jangan lupa , Saya masih memerlukan bantuan korang juga untuk menyemak fakta sebelum pengumuman rasmi dibuat. Cayalah Dato Siti!

tips untuk tahan lama

Sudah dilamar

Rap
PENGALAMAN pahit dua kali putus cinta sebelum ini menjadikan pelakon Serina Redzuawan seolah-olah fobia untuk menjalinkan hubungan intim dengan mana-mana lelaki.

Malah, kata anak tukang masak terkenal Chef Wan ini, dia juga tidak terfikir untuk bercinta lagi dalam tempoh terdekat ini kerana bimbang ia akan putus di tengah jalan sama seperti hubungan terdahulu.

“Sebenarnya selepas putus cinta dengan pelakon Allahyarham Hani Mohsin dulu, saya juga menjalinkan hubungan yang serius dengan seorang jejaka Melayu yang bertugas sebagai jurutera selama dua tahun.

“Apabila si dia balik dari Amerika Syarikat, saya terus berjumpa dengannya dan bertanya sama ada dia bersedia untuk mengakhiri hubungan kami dengan perkahwinan, tetapi si dia memberitahu saya dia belum bersedia.

“Buat apa saya nak tunggu dia lagi kerana saya memang sudah lama bersedia untuk berkahwin dan ramai rakan sebaya juga sudahpun berumah tangga. Justeru, saya terus mengambil keputusan memutuskan hubungan itu,” katanya.

Namun, pertemuan dengan jejaka Inggeris, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar, 33, yang juga Pengarah Urusan Football Focus Sdn Bhd setahun yang lalu ternyata mengubah segalanya.

“Kami bertemu di majlis hari jadi seorang rakan dan saya hanya menghubunginya seminggu selepas pertemuan itu dengan kad bisnes yang diberikan pada saya.

“Selepas berkawan selama enam bulan, Salahudin terus ingin menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan saya.

“Hati saya terbuka untuk menerima jejaka dari London itu dalam hidup saya kerana dia menunjukkan dirinya yang sebenar.

“Selain itu, kami berkongsi minat yang sama iaitu aktiviti bersukan. Dia memang suka bermain bola sepak dan saya pula memang menyukai aktiviti lasak seperti memanjat bukit, bermain badminton dan futsal,” katanya.

Bagaimanapun, kata Serina, yang sibuk dengan penggambaran drama bercorak kepolisan, Akademi Polis musim ke-5 dan Roda-Roda Kuala Lumpur musim ke-3, dia berusaha meyakinkan bapanya terlebih dulu sebelum mendapat restunya untuk berkahwin.

“Pada peringkat awal, papa tidak setuju saya ingin berkahwin dengan Salahudin. Saya berusaha meyakinkannya bukan semua lelaki mat salih itu tidak betul.

“Saya juga meminta papa bertemu dengan Salahudin dan selepas itu menilainya sendiri. Selepas papa bertemu dengannya, dia terus merestui hubungan kami berdua.

“Sebagai anak, sangat penting, saya mendapat restu ibu bapa sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Apa yang saya harapkan sekarang, hubungan saya dan Salahudin akan berakhir ke jenjang pelamin seperti direncanakan,” katanya.

Ditanya mengenai majlis pertunangan, Serina berkata, mungkin tiada majlis pertunangan kerana Salahuddin sudahpun melamarnya dengan memberikan cincin tanda, dua bulan lalu.

“Sehari sebelum majlis akad nikah, majlis berinai kecil akan diadakan di kediaman keluarga pada malam 31 Disember. Ia disusuli dengan majlis pernikahan kami yang akan berlangsung jam 5 petang di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada tanggal 1 Januari 2010.

“Majlis resepsi pula akan berlangsung pada keesokan harinya 2 Januari 2010 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada sebelah malamnya.

“Saya akan menggayakan baju rekaan Ridz untuk majlis akad nikah dan Radzwan Radziwil untuk majlis resepsi,” katanya.

Serina ditemui di sidang akhbar The 3rd Chocolate Cake Championship di Alexis Bistro, Jalan Ampang, kelmarin. Hadir sama, bapanya, Chef Wan yang juga ketua juri pada pertandingan itu dan adiknya, Chef Riz.

Sementara itu, Chef Wan berkata, majlis perkahwinan Serina akan berlangsung secara sederhana, tetapi meriah.

“Saya tidak akan buat majlis besar-besaran atau Wedding of The Year kerana tidak ingin membazir atau menunjuk-nunjuk pada orang.

“Sebenarnya, ramai pihak yang berminat untuk menaja majlis perkahwinan Serina, tetapi saya menolaknya kerana saya masih mampu mengadakan majlis kahwin untuk anak sendiri.

“Saya tidak kisah orang nak kata saya kedekut kerana bagi saya kalau ada duit yang berlebihan itu lebih baik sedekah pada golongan yang lebih memerlukan di luar sana,” katanya.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkata, setakat ini, persiapan majlis perkahwinan Serina baru siap sebanyak 30 peratus.

“Pihak kami akan mendapatkan khidmat kawan baik, Datuk Farida Hashim yang pernah menjadi perancang majlis perkahwinan penyanyi Ning Baizura.

“Konsep majlis resepsi ialah perkahwinan dalam taman kerana Serina dan Salahudin sangat mencintai alam semula jadi.

“Saya juga tidak mengundang ramai tetamu dan hanya kira-kira seramai 650 tetamu di majlis resepsi yang membabitkan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, rakan artis dan pihak media yang rapat saja nanti.

“Tiada tetamu kenamaan, tetapi saya turut mengundang golongan anak yatim untuk sama-sama meraikan majlis perkahwinan ini.

“Hasil perbincangan kedua-dua belah pihak juga, pihak lelaki akan menyerahkan wang hantaran sebanyak RM30,000 dengan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan oleh pihak perempuan pada majlis pernikahan nanti,” katanya.

Mengenai Salahudin sebagai calon menantu, Chef Wan berkata, dia menerima Salahudin sebagai menantunya kerana dia berbudi bahasa, berpelajaran dan ahli perniagaan yang dinamik.

“Sebenarnya, saya tidak kisah siapapun pilihan anak saya termasuk pemandu teksi sekalipun kerana apa yang penting dia bahagia dengan pilihannya itu.

“Apa yang penting, Salahudin juga sudah memeluk Islam lebih awal sebelum Serina berkawan dengannya,” katanya.

tips untuk tahan lama

Tidak kisah tidak popular


FAIZAL hanya mahu berusaha dan melangkah ke depan.

MENYEPI diri sejak melancarkan album sulungnya pada Ogos lalu, Mohammad Faizal Ramly (Faizal) boleh dikatakan antara juara Akademi Fantasia (AF) yang paling kurang mendapat perhatian media. Jika ada pun cerita mengenai Faizal, ia semuanya berita yang kurang enak.Dilemparkan pelbagai tuduhan termasuk mengambil dadah serta tidak berdisiplin, karier Faizal agak berliku sehinggakan dia dilabelkan sebagai juara AF yang paling tidak berjaya. Namun, di sebalik ‘ketiadaan’ Faizal, dia sebenarnya sibuk membuat persembahan.

Cuma persembahan-persembahan itu tidak mendapat perhatian media yang sekali gus membuatkan orang berfikir Faizal tidak lagi aktif. Namun, Faizal tidak kisah dengan semua tanggapan orang kerana semua itu menjadikan dirinya lebih matang.

Lagipun, penyanyi berusia 25 tahun itu bersyukur kerana dia masih mampu bertahan dan rezekinya tidak pernah putus. “Saya tidak kisah jika diri saya tidak popular atau kurang publisiti. Apa yang penting adalah rezeki. Janji saya cukup makan dan tidak buat benda-benda jahat terhadap orang lain,” kata Faizal ketika ditemui pada majlis promosi filem Momok The Movie.

Banyak membuat persembahan di Johor dan Pulau Pinang, Faizal turut memberitahu mungkin perjalanan kariernya yang membuatkan dia kelihatan seperti menghilangkan diri.

“Saya tahu ada banyak media yang berkata saya sukar untuk dihubungi. Namun, itu bukannya niat saya. Cuma mungkin kerana saya melakukan semua benda secara peribadi, jadi ada kalanya timbul sedikit salah faham.

“Bayangkan saya selalu memandu kereta seorang diri untuk pergi ke destinasi persembahan. Saya juga menguruskan jadual seni saya sendiri. Saya mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa saya mampu melakukannya dan tidak kisah jika perlu bermula dari bawah.

“Saya juga tidak mahu menggunakan khidmat pembantu kerana sudah selesa dengan keadaan sekarang. Biarlah apa orang nak cerita kerana ini adalah perjalanan seni saya sekarang,” katanya yang tidak kisah dengan sebarang kontroversi.

Kekurangan publisiti juga tidak bermaksud dia sudah dilupakan ramai. Malah dalam diam, Faizal telah ditawarkan untuk berlakon dalam dua buah filem. Menariknya dalam kedua-dua filem itu, Momok The Movie dan Pulau Asmara, dia diberi peranan sebagai tunjang utama.

Membawakan watak utama sebagai Adlin dalam Momok The Movie, filem tersebut memberikan banyak pengalaman hebat terhadap dirinya walaupun prosesnya lebih penat berbanding nyanyian. Filem Momok The Movie arahan M.Jamil akan ditayangkan di pawagam pada Hari Raya Pertama nanti.

“Saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan ditawarkan watak utama. Lagipun, ini merupakan percubaan pertama dan saya berpeluang untuk bekerjasama dengan pelakon hebat lain seperti Nabil Raja Lawak, Datuk Aziz Sattar, Abon, Leez AF4, Mimi Rahzia dan seniwati tersohor, Datuk Sarimah.

“Tanpa sebarang pengalaman, saya tidak sangka akan ditawarkan untuk berlakon. Mungkin ini rezeki saya. Malah selepas penggambaran Momok The Movie, saya terus ditawarkan untuk sebuah lagi filem iaitu Pulau Asmara arahan Utam Kumar.

“Menceritakan kisah tiga sahabat yang bercuti di Pulau Langkawi, filem genre romantik itu yang diterbitkan oleh Ala Kazam Production sudah siap penggambaran dua bulan lalu. Namun, saya tidak begitu pasti dengan tarikh tayangannya lagi,” kata Faizal.

Tidak kisah jika dia lebih aktif berlakon selepas ini, Faizal memberitahu lakonan dan nyanyian saling mempunyai kaitan. Tapi apa yang pasti, dia akan memberikan yang terbaik dalam bidang yang diceburi.

“Asalkan saya masih mempunyai peluang, saya akan terus mencuba. Selain berlakon, saya juga ada satu projek khas bersama kumpulan Iklim. Setakat ini saya sudah merakamkan lima buah lagu dan ada tiga lagi yang belum dirakamkan,” katanya yang bertindak sebagai vokalis ’sementara’ kumpulan itu.

tips memikat wanita

Selamat pengantin baru

JOHAN (kiri) dan Ozlyn.


ERMM…Kalau dulu pasangan kekasih merpati dua sejoli Johan dan Ozlyn asyik berkepit ke hulu-hilir, sekarang ini alhamdulillah mereka berdua telah pun mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri pada 25 Julai lalu.

Marilyn harap lepas kahwin tidak ada lagi cerita-cerita kurang enak tentang mereka berdua, yelah kalau dulu nak bermesra depan orang, banyak pihak yang naik meluat dan menyampah.

Sekarang ini bolehlah bermesra sakan. Sudah jadi suami isteri yang sah, tak ada orang hendak larang. Tetapi awas! Jangan ‘over peluk’ sudahlah, nanti lain pula ceritanya. Jangan marah, Marilyn hanya mengingatkan sahaja sebelum berlaku kontroversi seterusnya.

Marilyn pun tumpang gembira walaupun tidak dijemput ke majlis pernikahan. Marilyn tak kisah sangat kalau artis kahwin tak jemput media.

Marilyn anggap kahwin atau cerai artis tidak akan memberi apa-apa makna kepada perkembangan dunia seni tempatan, sebab itu Marilyn tak kisah sangat, jemput ke tidak sama saja.

Apapun Marilyn ucapkan Selamat Pengantin Baru buat mereka berdua dan semoga berkekalan hingga ke anak cucu hendaknya.

tips memikat wanita